Dasar Privasi
Dikemas kini: 10 November 2026 · Privacy Policy (English follows below)
TEKUN ialah aplikasi belajar untuk murid sekolah rendah. Ia mempunyai dua aplikasi: TEKUN (untuk kanak-kanak) dan TEKUN Ibu Bapa (untuk ibu bapa atau penjaga). Kanak-kanak tidak membuat akaun sendiri. Ibu bapa membuat akaun dan memautkan peranti anak.
Data yang kami simpan
- Ibu bapa: nama, alamat e-mel dan kata laluan (disimpan dalam bentuk yang tidak boleh dibaca semula).
- Anak: nama panggilan, Darjah, jenis sekolah dan avatar yang dipilih. Kami tidak meminta nama penuh, gambar, lokasi atau nombor telefon anak.
- Kemajuan belajar: jawapan latihan, markah, nota yang dibuka, ganjaran dan streak.
- Soalan kepada pembantu AI: soalan yang anak taip dan jawapan yang diberi.
- Peranti: token log masuk yang disimpan pada peranti supaya anda kekal log masuk.
Bagaimana data digunakan
- Untuk menjalankan aplikasi: menunjukkan nota dan soalan yang sesuai dengan Darjah anak, dan menunjukkan kemajuan kepada ibu bapa.
- Untuk menjawab soalan anak, soalan itu dihantar kepada perkhidmatan AI Anthropic (Claude) bagi mendapatkan jawapan. Kami tidak menghantar nama, e-mel atau maklumat lain yang mengenal pasti anak bersama soalan itu.
- Untuk menulis nota mingguan kepada ibu bapa, nama panggilan anak dan ringkasan kemajuan belajar (contohnya topik dan markah) dihantar kepada Anthropic. E-mel dan nama ibu bapa tidak dihantar.
- Kami tidak menunjukkan iklan, tidak menjual data, dan tidak menggunakan alat penjejakan atau analitik pihak ketiga.
Kamera
Aplikasi Ibu Bapa meminta akses kamera hanya untuk mengimbas kod QR bagi memautkan peranti anak. Gambar tidak disimpan atau dihantar.
Hak ibu bapa
Dalam aplikasi Ibu Bapa, buka Akaun → Privasi & data. Di situ anda boleh:
- memuat turun semua data akaun anda (Muat turun data saya);
- memadam akaun dan semua data anak di bawahnya selama-lamanya (Padam akaun saya selama-lamanya).
Anda juga boleh meminta pemadaman melalui e-mel, lihat halaman padam akaun.
Berapa lama data disimpan
Selagi akaun wujud. Apabila akaun dipadam, data akaun dan data anak dipadam daripada sistem kami. Salinan sandaran dipadam secara berkala.
Keselamatan
Sambungan menggunakan HTTPS. Akses kepada data dihadkan kepada pasukan TEKUN.
Hubungi kami
Privacy Policy
TEKUN is a learning app for Malaysian primary school children, made of two apps: TEKUN (children) and TEKUN Ibu Bapa (parents). Children do not create accounts; a parent creates the account and links the child's device.
Data we store
- Parent: name, email address and password (stored so that it cannot be read back).
- Child: nickname, school year (Darjah), school type and chosen avatar. We do not ask for a child's full name, photo, location or phone number.
- Learning progress: practice answers, scores, notes opened, rewards and streaks.
- Questions to the AI helper: what the child types and the answer given.
- Device: a sign-in token stored on the device.
How we use it
- To run the app and show progress to the parent.
- To answer a child's question, the question text is sent to the AI service Anthropic (Claude). We do not send names, emails or other identifying details with it.
- To write the weekly note for parents, the child's nickname and a summary of learning progress (for example topics and scores) are sent to Anthropic. The parent's name and email are not sent.
- No ads, no selling of data, no third-party tracking or analytics.
Camera
The parent app uses the camera only to scan a QR code to link a child's device. Images are not stored or sent.
Parent rights
In the parent app, open Account → Privacy & data to download all account data or permanently delete the account and all child data under it. You can also request deletion by email (see the delete account page).
Retention
Data is kept while the account exists and is deleted when the account is deleted. Backups are removed on a regular cycle.